Ahad, 17 Oktober 2010

Menyintai Allah dan kerana Allah



Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang , dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah , maka pahala nya adalah amat besar .


Sabda Rasulullah S.A.W. di dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud :
" Allah telah berfirman : pasti mendapat kecintaan Ku bagi dua orang yang sayang menyayangi kerana Ku , dua orang yang duduk bersama-sama kerana Ku , dua orang yang kunjung mengunjungi kerana Ku , dan dua orang yang tolong menolong kerana Ku . "


Sabdanya lagi di dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain yang bermaksud :
" Berfirman Allah Ta'ala di Hari Kiamat : mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana Ku . Hari ini lah Aku akan menaungi mereka di bawah naungan Ku ; iaitu hari yang tiada naungan selain naungan Ku ."


Sabdanya lagi :
" Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman , hendak lah ia mencintai seseorang , tiada cintanya melainkan kerana Allah . "


Dalam sebuah sabda Rasulullah S.A.W. tersebut : Tujuh orang yang akan dinaungi Allah dibawah naunganNya , pada hari tiada naungan selain naunganNya . baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu , sehingga katanya : Dan dua orang saling cinta menyintai kerana Allah , keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah .


Apabila seseorang menyintai orang lain , bersahabat dan membiasa kan diri dengan nya , kerana di lihat nya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah , maka hal demikian itu lah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala . "





Atau pun jika ia menyintai orang itu dan bersahabat dengan nya , kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama , dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya , maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah .


Atau pun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya , kerana orang itu membantunya didalam urusan keduniaan , yang mana dengannya pula boleh mengurus urusan akhiratnya , maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah .


Atau pun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya , kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu , dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ; atau barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya , dan di dalam hal ehwal kehidupannya , yang menerusinya ia boleh hidup senang lenang , maka cinta serupa itu adalah cinta tabi'i , cinta biasa yang tidak ada kena mengena dengan Allah . Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya , tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan .


Atau pun jika bersahabat kepada seseorang , kerana orang itu boleh menemannya untuk pergi ke tempat maksiat , atau membantu nya untuk menganiaya orang , atau pun memimpin dan menunjuknya ke jalan fasik dan mungkar , maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang di cela dan kecintaan yang tidak berguna , kerana ia menarik kita ke jalan syaitan , yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Allah . Persahabatan dan kecintaan serupa ini lah yang akan bertukar menjadi permusuhan di Akhirat , malah kadang kala belum sempat tiba di Akhirat , di dunia dahulu sudah menjadi porak peranda .


Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :
" Sahabat-sahabat pada hari itu , satu sama lain bermusuh-musuhan kecuali orang-orang yang bertakwa ."            ( Surah : Az-Zukhruf ayat : 67 )
..............................................................................................


bersama-sama lah kita berdoa agar kita termasuk di dalam golongan yang saling mencintai kerana Allah , dan semoga usaha ini diberkati dan bermanfaat untuk semua ... amin


Rujukan dari Kitab : Nasihat agama dan wasiat iman
Hasil Tulisan : Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah : Syed Ahmad Semait



Tiada ulasan:

Catat Ulasan