Ahad, 17 Oktober 2010

Menyintai Allah dan kerana Allah



Asas persahabatan ialah setia dalam bercinta antara satu dengan yang lain dan tulus ikhlas dalam berkasih sayang , dan selagi ia dihalakan kepada Allah dan kerana Allah , maka pahala nya adalah amat besar .


Sabda Rasulullah S.A.W. di dalam sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud :
" Allah telah berfirman : pasti mendapat kecintaan Ku bagi dua orang yang sayang menyayangi kerana Ku , dua orang yang duduk bersama-sama kerana Ku , dua orang yang kunjung mengunjungi kerana Ku , dan dua orang yang tolong menolong kerana Ku . "


Sabdanya lagi di dalam sebuah Hadis Qudsi yang lain yang bermaksud :
" Berfirman Allah Ta'ala di Hari Kiamat : mana dia orang-orang yang bercinta-cintaan kerana Ku . Hari ini lah Aku akan menaungi mereka di bawah naungan Ku ; iaitu hari yang tiada naungan selain naungan Ku ."


Sabdanya lagi :
" Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman , hendak lah ia mencintai seseorang , tiada cintanya melainkan kerana Allah . "


Dalam sebuah sabda Rasulullah S.A.W. tersebut : Tujuh orang yang akan dinaungi Allah dibawah naunganNya , pada hari tiada naungan selain naunganNya . baginda telah menyebut satu persatu orang-orang itu , sehingga katanya : Dan dua orang saling cinta menyintai kerana Allah , keduanya berkumpul dan berpisah semata-mata kerana Allah .


Apabila seseorang menyintai orang lain , bersahabat dan membiasa kan diri dengan nya , kerana di lihat nya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah , maka hal demikian itu lah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala . "





Atau pun jika ia menyintai orang itu dan bersahabat dengan nya , kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama , dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya , maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah .


Atau pun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya , kerana orang itu membantunya didalam urusan keduniaan , yang mana dengannya pula boleh mengurus urusan akhiratnya , maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah .


Atau pun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya , kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu , dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya ; atau barangkali orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya , dan di dalam hal ehwal kehidupannya , yang menerusinya ia boleh hidup senang lenang , maka cinta serupa itu adalah cinta tabi'i , cinta biasa yang tidak ada kena mengena dengan Allah . Persahabatan itu timbul kerana kecenderungan diri semata-mata dan meskipun demikian ia tetap harus hukumnya , tidak sunyi dari kebaikan mudah-mudahan .


Atau pun jika bersahabat kepada seseorang , kerana orang itu boleh menemannya untuk pergi ke tempat maksiat , atau membantu nya untuk menganiaya orang , atau pun memimpin dan menunjuknya ke jalan fasik dan mungkar , maka persahabatan serupa itu dan kecintaan semacam itu adalah persahabatan yang di cela dan kecintaan yang tidak berguna , kerana ia menarik kita ke jalan syaitan , yang tidak ada kena mengena sedikit pun dengan Allah . Persahabatan dan kecintaan serupa ini lah yang akan bertukar menjadi permusuhan di Akhirat , malah kadang kala belum sempat tiba di Akhirat , di dunia dahulu sudah menjadi porak peranda .


Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud :
" Sahabat-sahabat pada hari itu , satu sama lain bermusuh-musuhan kecuali orang-orang yang bertakwa ."            ( Surah : Az-Zukhruf ayat : 67 )
..............................................................................................


bersama-sama lah kita berdoa agar kita termasuk di dalam golongan yang saling mencintai kerana Allah , dan semoga usaha ini diberkati dan bermanfaat untuk semua ... amin


Rujukan dari Kitab : Nasihat agama dan wasiat iman
Hasil Tulisan : Imam Habib Abdullah Haddad
Penterjemah : Syed Ahmad Semait



Berbakti kepada kawan dan Teman

Sedang ku membelik kitab-kitab di almari buku , ku terpandang pada sebuah buku yang banyak memberi perubahan kepada diriku setelah membacanya sejak beberapa tahun yang lalu , buku ini lah yang selalu menjadi temanku disepanjang hari , dan semoga segala apa yang akan saya tuliskan disini dapat memberi manfaat untuk saudara seislam ku semua  ...



Adapun berbakti kepada teman dan kawan ,maka perkara itu juga sangat dituntut dan dianjurkan ,  dan hukumnya sunnat didalam kacamata agama . Rakan dan teman mempunyai beberapa hak yang harus dijaga dan dipelihara , sesuai dengan firman Allah Ta'ala didalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud : Dan teman dalam perjalanan .

Sabda Nabi S.A.W. yang bermaksud :
" Setiap kawan yang bersahabat dengan kawan yang lain walaupun sekejap masa sekalipun , melainkan ia akan di tanya tentang persahabatannya di Hari Kiamat , apakah ia telah menunaikan hak persahabatan itu dengan baik , atau ia telah mensia-siakannya ." 

Sabdanya lagi :
"Sebaik-baik kawan ialah kawan yang berbakti kepada kawannya . Dan sebaik-baik jiran ialah yang berbuat baik kepada jirannya ."

Sabdanya lagi yang bermaksud :
" Tiada dua orang yang saling menyintai satu sama lain , melainkan orang yang lebih dicintai Allah ialah siapa yang mencintai kawannya lebih ."

Dalam riwayat yang lain , ialah siapa yang lebih berbelas kasihan terhadap kawannya .

Rujukan dari kitab : Nasihat agama dan wasiat iman .
hasil tulisan : Imam habib abdullah Haddad