Sabtu, 2 April 2011

Apabila Kamu Menghadapi Kesusahan, Bermohonlah kepada Yang Maha Pemurah

  
      Apabila semua jalan terasa buntu oleh kamu , maka fikirkan lah janji Allah yang termaktub dalam Surah Al-Insyirah.
    Ibnu Al-Jauzi mengatakan: "Suatu urusan menghimpit ku sehingga membuat ku cemas dan gelisah berpanjangan. Aku terus berfikir mencari jalan penyelesaian dari kecelaruan itu dan melakukan bermacam-macam cara dan usaha. Tetapi aku tidak menemui satu penyelesaian pun untuk keluar daripadanya, hingga aku menemui sepotong ayat yang menawarkan kepada ku, ayat itu berbunyi :

Maksudnya: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya."
( Surah at-Thalaq, ayat 2 )

     Setelah itu aku sedar bahawa ketakwaan adalah satu-satunya jalan keluar dari kebingungan. Itulah sebabnya aku berusaha meningkatkan ketakwaan ku, maka aku pun menemui jalan keluarnya.
     Menurut pendapat ku, takwa menurut orang-orang yang berakal merupakan penyebab segala kebaikkan. Tidaklah sesekali terjadi seksaan, melainkan kerana dosa, dan tidak sesekali seksaan dihilangkan, melainkan kerana taubat. Kekeruhan, kesedihan dan kesengsaraan adalah merupakan balasan dari pelbagai perbuatan yang telah aku lakukan, seperti mengerjakan solat sambil lewa, mengumpat wanita muslimah, tidak mementingkan hijab, atau melakukan sesuatu yang diharamkan.
     Sesungguhnya, orang-orang yang menentang jalan Allah s.a.w. mesti membayar harga penentangannya itu dan menutupi kelalaiannya dengan melakukan ketaatan kepada-Nya. Yang menciptakan kebahagiaan itu adalah Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Bagaimana kamu memohon kebahagiaan kepada selain Allah s.w.t. ? Seandainya setiap orang memiliki ketaatan, maka tidak akan ada lagi orang-orang yang sedih dan sengsara di muka bumi ini.

sumber : kitab As'ad al-Mar'ah fi al-'Alam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan