Selasa, 5 April 2011

Sunat Menyegerakan Solat 'Asar dan keutamaannya

     
     Beberapa Hadis Nabi s.a.w.(Sahih Muslim) berkenaan dengan kepentingan menyegerakan Solat 'Asar ...


     Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. solat 'asar, sedang matahari masih tinggi dan udara masih panas. Kemudian ada seorang pergi ke puncak yang tinggi, sampai dia di sana matahari masih tinggi.
     Dari Al 'ala' bin 'Abdur Rahman r.a., katanya dia bertemu dengan Anas bin Malik di rumah Anas di Basrah, setelah selesai solat zohor. Rumah Anas berada di sebelah masjid. Ketika kami masuk ke rumahnya dia bertanya: "Sudah solat 'asar kah kamu?" Jawab kami ,"Baru saja sebentar ini kami selesai solat zohor." berkata Anas:" kerjakan lah solat 'Asar." Lalu kami pun solat, sesudah selesai solat, lalu dia berkata, katanya: " Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: " Yang demikian itu solat orang munafik, ditunggu-tunggunya matahari berada di antara dua tanduk syaitan, barulah dia solat empat raka'at dengan tergesa-gesa tanpa mengingati Allah dalam solat nya melainkan sedikit sekali."
     Dari Abu Umamah bin Sahal katanya: "Kami solat zohor berjema'ah bersama-sama dengan 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Setelah selesai solat kami kami pergi ke rumah Anas bin Malik, kami dapati dia sedang solat 'Asar, aku bertanya, "Paman baru selesai solat apa?" Jawabnya, "Solat 'Asar, beginilah solat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa kami lakukan bersama-sama dengan beliau ( iaitu pada awal waktu )."
     Dari Anas bin Malik r.a. katanya: "Kami solat "Asar bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w.. Setelah selesai solat, tiba-tiba datang seorang lelaki Bani salimah, lalu dia berkata, "Ya Rasulullah ! kami hendak menyembelih unta, kami berharap semoga anda sudi menghadirinya." Jawab Rasulullah, "baiklah. !" lalu beliau pergi dan kami pun pergi bersama-sama beliau, kami dapati unta itu belum dipotong, setelah disembelih, lalu dipotong-potong , dimasak sebahagiannya dan kami sempat makan sebelum matahari terbenam."

     Dari Ibnu 'Umar r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang yang ketinggalan solat 'Asar sama halnya kehilangan keluarga dan harta bendanya."


     Dari 'Ali r.a. katanya: " Ketika terjadi perang Ahzab, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah memenuhi kubur dan rumah mereka (orang-orang kafir Quraisy) dengan api, kerana mereka menghalangi kami solat 'Asar sampai matahari terbenam."

     Semua Hadis-hadis diatas adalah petikan dari Kitab Hadis Sahih Muslim ,semoga dengan perkongsian ilmu ini dapat mendatangkan manfaat dan kebaikkan untuk kita semua ...amin


Tiada ulasan:

Catat Ulasan