Khamis, 31 Mac 2011

Indahnya kesabaran - Penceramah Ustaz Aa Gym



Indahnya kesabaran 1



Indahnya Kesabaran 2



Indahnya Kesabaran 3



Indahnya Kesabaran 4



Indahnya Kesabaran 5



Indahnya Kesabaran 6


     " Kuat iman itu kunci akhlak yang baik , pupuk iman adalah ilmu , kalau kita ingin terus menerus menjadi ahli sabar, harus kuat iman dan kuat iman kuncinya adalah cinta ilmu , maka barangsiapa yang ingin bersabar,  terus lah cari ilmu , makin banyak ilmu makin ringan kita menghadapi hidup ini , makin banyak ilmu makin rajin berlatih makin indah peribadi ini ...insyaAllah " -(Ustaz Aa Gym)


     Dengar dan Hayati semoga kita memperolehi ilmu yang bermanfaat , ilmu yang boleh kita amalkan dan sebarkan , belajar , cuba beramal sedaya mungkin dan mengajar kepada yang lain . InsyaAllah kita akan memperolehi keberkatan didalam hidup ini ...amin Ya Rabbal alamin



Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat



sumber dari : http://www.al-habib.info/islamic-greeting-card/card_wisdom.htm


Keadaan Iblis apabila matinya seseorang Ulamak



    Sabda Rasulullah s.a.w. : " Wahai Iblis, jikalau seseorang Ulamak mati , bagaimanakah perasaan mu ?".
Berkata Iblis : " Ya Nabi Allah, apabila matinya seseorang ulamak, maka aku pun mempersuburkan fitnah di kalangan masyarakat".
    Berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: "Barang siapa berdukacita atas kematian seorang ulamak, maka Allah menuliskan kepadanya pahala 1000 orang alim dan 1000 orang syahid. Akan datang kelak kepada umat ku yang mereka lari dan menjauhkan diri mereka dari kalangan ulamak, dan bagi orang-orang yang membenci atau sakit hati terhadap orang alim, mahu pun guru-guru atau pengajar agama, maka akan di bala oleh Allah s.w.t. dengan tiga macam jenis bala :-

  1. Di angkat berkat daripada pencariannya.
  2. Didatangkan Allah kepada mereka pemimpin / ketua dan penguasa yang zalim.
  3. Di keluarkan mereka kelak dari dunia ini dalam keadaan tidak beriman.

Amanat dari Rasulullah s.a.w.

















   "Apabila kamu berdoa ( memohon kepada Allah s.a.w.), maka mohon lah dengan bahagian dalam kedua telapak tangan mu, dan jangan lah memohon dengan dibalikkan kedua belah telapak tangan mu, kemudian jangan lah meletakkan tangan mu ke bawah sebelum kamu usapkan ke muka mu. Sesungguhnya Allah s.w.t. memberi berkah dalam sapuan tangan itu." ( Hadith riwayat Abu Dawud )



Rabu, 30 Mac 2011

Puisi Cinta Rabi'ah Al Adawiyah





Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cintaMu
Hingga tak ada satu pun yang mengganggu ku dalam jumpa Mu
Tuhan ku, bintang gemintang berkelip-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu pintu istana pun telah rapat
Tuhanku, demikian malam pun berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malam ku, Engkau terima
Hingga aku berhak merengguk bahagia
Ataukah itu Kau tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi keMahakuasaan Mu
ini lah yang akan selalu ku lakukan
Selama Kau beri aku kehidupan
Demi kemanusian Mu,
Andai Kau usir aku dari pintu Mu
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku pada Mu sepenuh kalbu



Ya Allah, apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuhMu
Dan apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabat Mu
Karena Engkau sendiri, cukuplah bagiku



Aku mengabdi kepada Tuhan
Bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku pada Nya
Ya Allah, jika aku menyembah Mu
Kerana takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembahMu
Karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembahMu
Demi Engkau semata,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah Mu
Yang abadi padaku   



Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat Engkau
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa dengan Mu
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakan
Kini, perbuatlah seperti yang Engkau Kehendaki



Aku mencintaiMu dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diri Mu
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingati Mu
Cinta karena diri Mu, adalah keadaan Mu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
BagiMu pujian untuk semua itu



Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMu
Engkaulah harapan ku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau


Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
Ketika Kekasih bersamaku
CintaNya padaku tak pernah terbagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Kapan dapat kurenungi keindahanNya
Dia akan menjadi mihrabku
Dan rahasiaNya menjadi kiblatku
Bila aku mati karena cinta, sebelum terpuaskan
Akan tersiksa dan lukalah aku di dunia ini
Oh, penawar jiwaku
Hatiku adalah santapan yang tersaji bagi mauMu
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan Mu
Oh, sukacita dan nyawaku, semoga kekallah
Jiwaku, Kaulah sumber hidupku
Dan dariMu jua birahiku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Dariku telah tercerah
Hasratku adalah bersatu dengan Mu
Melabuhkan rindu


Sendiri daku bersama Cintaku
Waktu rahsia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan kurnia atas doaku
Memahkotaiku, hingga enyahlah yang lain, sirna
Antara takjub atas keindahan dan keagunganNya
Dalam semerbak tiada tara
Aku berdiri dalam asyik-masyuk yang bisu
Ku saksikan yang datang dan pergi dalam kalbu
Lihat, dalam wajahNya
Tercampur segenap pesona dan karunia
Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajahNya yang sempurna
Lihat Dia, yang akan berkata
“Tiada Tuhan selain Dia, dan Dialah Yang maha Mulia.”



Rasa riangku, rinduku, lindunganku,
Teman, penolong dan tujuanku,
Kaulah karibku, dan rindu padaMu
Meneguhkan daku
Apa bukan padaMu aku ini merindu
Oh, nyawa dan sahabatku
Aku remuk di rongga bumi ini
Telah banyak kurnia Kau berikan
Telah banyak..
Namun tak ku butuh pahala
Pemberian ataupun pertolongan
CintaMu semata meliputi
Rindu dan bahagiaku
Ia mengalir di mata kalbuku yang dahaga
Adapun di sisiMu aku telah tiada
Kau bikin dada kerontang ini meluas hijau
Kau adalah rasa riangku
Kau tegak dalam diriku
Jika aku telah memenuhiMu
Oh, rindu hatiku, aku pun bahagia


10 Fadhilat Solat

















Telah di riwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda : " Solat adalah tiang agama dan di dalamnya ada 10 macam (faedah) :

  1. Ia sebagai perhiasan wajah.
  2. Ia adalah cahaya bagi hati.
  3. Ia kesihatan bagi badan.
  4. Ia merupakan tempat turunnya Rahmat ( Allah s.w.t. )
  5. Ia sebagai kunci Langit.
  6. Ia boleh memberatkan timbangan amal .
  7. Ia adalah ( penyebab ) redha Allah s.w.t.
  8. Ia sebagai bayaran ( masuk ) ke Syurga.
  9. Ia merupakan dinding bagi api Neraka .
  10. Sesiapa yang telah mendirikan solat, bererti dia telah menegakkan agama, dan siapa yang meninggalkannya, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama ".


Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya



" Wahai anak ku! Sepanjang hidup ku, aku hanya dapat memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu, sabda mereka :

  1. Apabila engkau mengerjakan sembahyang dan beribadah kepada Allah, maka jagalah baik-baik fikiran mu.
  2. Apa bila engkau berada dirumah orang lain, hendaklah kamu menjaga mata mu ( pandangan mata mu ).
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, hendaklah kamu menjaga lidah mu ( perkataan mu ).
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan, hendaklah kamu menjaga perangai mu.
  5. Ingatlah kepada Allah s.w.t.
  6. Ingatlah akan mati.
  7. Lupakanlah budi baik mu terhadap orang lain.
  8. Lupakanlah semua kesalahan orang terhadap diri mu.

Enam perkara yang merosakkan hati
















     Dari Hasan Al Basri katanya : " Sesungguhnya kerosakkan hati adalah berpunca dari enam perkara iaitu :-

  1. Mereka melakukan dosa dengan harapan akan bertaubat.
  2. Mereka menuntut ilmu, tetapi tidak mahu mengamalkannya.
  3. Apabila beramal, mereka tidak ikhlas.
  4. Mereka makan rezeki dari Allah, tetapi tidak mahu bersyukur.
  5. Mereka tidak redha dengan pemberian Allah s.w.t.
  6. Mereka mengkebumikan orang-orang yang mati, tetapi tidak mahu mengambil iktibar".


Tanda orang yang di terima Taubatnya


      














      Seorang ahli hikmah pernah di tanya tentang taubat yang di laksanakan oleh seorang hamba: " Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya di terima atau tidak ?". Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu. Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja, iaitu:

  1. ( Hamba yang telah bertaubat itu ) melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.
  2. Ia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih.
  3. Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat.
  4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi ia tetap melihatnya masih sedikit.
  5. Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah s.w.t. dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh Allah s.w.t.
  6. Ia sentiasa menjaga lidah, lalu tafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.