Rabu, 30 Mac 2011

Tanda orang yang di terima Taubatnya


      














      Seorang ahli hikmah pernah di tanya tentang taubat yang di laksanakan oleh seorang hamba: " Adakah hamba itu boleh mengetahui bahawa taubatnya di terima atau tidak ?". Lalu dia menjawab dengan mengatakan bahawa beliau tidak boleh memberi ketentuan tentang hal itu. Kemudian beliau memberitahu sekadar tanda-tandanya sahaja, iaitu:

  1. ( Hamba yang telah bertaubat itu ) melihat bahawa dirinya masih belum suci dari dosa.
  2. Ia melihat bahawa perasaan gembira telah hilang dari hatinya, lalu datang perasaan sedih.
  3. Ia suka mendekati orang-orang yang baik dan menjauhi dari orang-orang yang jahat.
  4. Walaupun sedikit rezeki yang diperolehi di dunia, tetapi ia tetap melihatnya banyak. Walaupun banyak amal akhiratnya, tetapi ia tetap melihatnya masih sedikit.
  5. Ia melihat dirinya tetap sibuk melaksanakan kewajipannya terhadap Allah s.w.t. dan tidak sedikit pun dia sibuk menguruskan rezekinya yang telah di jamin oleh Allah s.w.t.
  6. Ia sentiasa menjaga lidah, lalu tafakur serta tetap dalam keadaan sedih dan menyesal.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan